Detik-Detik Keriangan Anda


8 Tempahan terawal pada tahun ini akan menerima hadiah berupa tambahan Item dan servis dalam pakej yang di pilih.Ini adalah tanda terima kasih kami kerana memilih kami untuk hari bahagia anda

Saturday, March 21, 2009

Blog baru...

Salam kepada semua pengikut blog skunkzwedding...
kami telah membuka blog baru iaitu:

http://aspirasifoto.blogspot.com

anda boleh melawat blog ini untuk update terbaru...

sekian untuk makluman

Thursday, December 25, 2008

Wedding Package For 2009



Pakej Perkahwinan

Pakej Jed. Mock up Album ( Sticky with Edited Cover )
Price start at RM 800

1. Majlis 1 hari

* meliputi majlis akad nikah dan sanding ( 4 hour coverage )
* 3 keping 8R(edited) dan 100-120 keping 4R
* 1 8r custom wood frame ( Black ) + one 8r liminated
* Price not include transport and delivery cost


Pakej Emas. Custom Album only
Price start at RM 1350

You will get 1 basic custom album + 1 frame 8”x12”
8 x 24 inch custom album with glass concept ( 10 sheet)


Pakej Berlian. Custom Album + Mock up Album
Price start at RM 1650

You will get :
1 basic custom album + 1 mock up album + 1 frame 8”x12”
8 x 24 inch custom album with glass concept ( 10 sheet )

Outdoor Session within customer hometown area in same day just a free gift.This free gift include for all package. ( Within 15 km only )


Add On Package

8 x 12 + laminating + Gold Frame
10 x 12 + Laminating + Gold Frame
8 x 12 Canvas + Gold Frame
10 x 12 Canvas + Gold Frame
DVD + 200 Raw pics + Custom Case

Hubungi kami untuk mendapatkan quotation harga mengikut pakej

Kenapa ye anda bayar fotographer?

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.